Khasiat Madu Kelulut



Sarang Kelulut yang mengandungi Bee Bread.



an-Nahl
النّحل

An-Nahl.png
Informasi
Arti Lebah
Nama lain an-Ni'am (Nikmat-Nikmat)
Klasifikasi Makkiyah
Surah ke 16
Juz Juz 14






          
Surah An-Nahl (bahasa Arab:النّحل, an-Nahl, "Lebah") adalah surah ke-16 dalam al-Qur'an. Surah ini terdiri atas 128 ayat dan termasuk golongan surah-surah Makkiyah. Surah ini dinamakan An-Nahl yang berarti lebah karena di dalamnya, terdapat firman Allah SWT ayat 68 yang artinya : "Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah". Lebah adalah makhluk Allah yang banyak memberi manfaat dan kenikmatan kepada manusia. Ada persamaan antara madu yang dihasilkan oleh lebah dengan Al Quranul Karim. Madu berasal dari bermacam-macam sari bunga dan dia menjadi obat bagi bermacam-macam penyakit manusia (lihat ayat 69). Sedang Al Quran mengandung inti sari dari kitab-kitab yang telah diturunkan kepada Nabi-nabi zaman dahulu ditambah dengan ajaran-ajaran yang diperlukan oleh semua bangsa sepanjang masa untuk mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat. (Lihat surah (10) Yunus ayat 57 dan surah (17) Al Isra' ayat 82). Surah ini dinamakan pula "An-Ni'am" artinya nikmat-nikmat, karena di dalamnya Allah menyebutkan berbagai macam nikmat untuk hamba-hamba-Nya.

KOTA BHARU 19 Mei - Kelulut merupakan antara 33 jenis spesies lebah trigona yang tidak mempunyai sengat dan madunya dikatakan mempunyai banyak khasiat untuk memulihkan pelbagai penyakit kronik.
Berbeza dengan kebanyakan lebah, kelulut tidak berbahaya kepada manusia dan madu yang dihasilkan sangat berguna dalam bidang perubatan dan kesihatan.
Selain madu, dua lagi bahan dihasilkan oleh lebah kelulut yang sangat istimewa ialah bee bread iaitu campuran polen dengan madu, air liur dan cairan dari perut lebah yang boleh membantu masalah pencernaan dan fermentasi.
Sementara propolis pula merupakan campuran getah tanaman dan cairan khusus yang dikeluarkan oleh lebah dan ia dikatakan mempunyai khasiat perubatan yang tinggi.
Antara penyakit yang dilaporkan sembuh melalui kaedah rawatan tradisional mengunakan propolis termasuk diabetis, mellitus, strok, hepatitis, kanser, hipertensi, batu karang dan HIV/AIDS.
Justeru, khasiat dan keistimewaan madu lebah kelulut yang tinggi telah mendorong pesara Lembaga Pertubuhan Peladang Kelantan, Razip Ibrahim, 53, dari Kampung Petani, Sering dekat sini berusaha menternak lebah berkenaan secara komersial.
Menurut Razip, bagi setiap koloni lebah kelulut yang diletakkan dalam kotak berukuran 70 sentimeter kali 20 sentimeter mampu menghasilkan antara 200 hingga 300 gram campuran madu dan bee bread serta 200 hingga 400 gram propolis.
“Koloni kelulut akan mengeluarkan madu di dalam ‘tempayan’ dan menutup tempayan itu apabila madu sudah penuh, manakala bee breed juga diisi dalam tempayan tersendiri di dalam sarang,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.
Kata bapa kepada lapan orang anak itu, dia mula mengetahui mengenai khasiat madu lebah kelulut setelah menyertai seminar mengenai lebah dan kelulut di Universiti Sains Malaysia (USM) Kampus Kesihatan Kubang Kerian dekat sini, pada tahun lalu.
Kebetulan katanya, pada seminar yang diadakan dengan kerjasama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Jabatan Pertanian Kelantan itu, dia bertemu seorang pensyarah Universiti Hasanuddin Ujung Pandang, Makasar, Indonesia iaitu Prof. Mappa Toba yang menceritakan kepentingan ternakan lebah kelulut.
Bermula daripada maklumat tersebut jelasnya, dia mengkaji mengenai koloni kelulut di seluruh Kelantan termasuk di kawasan kampung dan hutan.
“Hasilnya, saya berjaya mengenal pasti empat jenis koloni kelulut pelbagai saiz termasuk bersaiz lebah,” katanya yang merupakan penternak tunggal kelulut di negeri ini dengan membela 30 kotak spesies itu di pekarangan rumahnya.
Razip Ibrahim dan isterinya, Rahimah Hamat memasukkan madu yang diambil dari sarang kelulut ke dalam botol.


Mengulas lanjut Razip berkata, lebah kelulut besar mengeluarkan paling banyak madu yang boleh dikumpulkan setiap dua minggu sekali.
Setakat ini lebah-lebah kelulut yang diternak itu telah menghasilkan kira-kira 10 kilogram madu.
Bagi meyakinkan lagi masyarakat tentang khasiat madu lebah kelulut, dia bekerjasama dengan USM termasuk melakukan penyelidikan mengenai khasiat bee bread dan propolis yang dikatakan sangat berkesan dalam merawat serta mencegah pelbagai penyakit.
“Kajian dilakukan di bawah pengawasan Prof. Madya. Siti Amrah Sulaiman itu menunjukkan penggunaan madu kelulut boleh menurunkan paras glukos pesakit diabetes selain berkesan untuk mencegah kanser dan gout,” katanya.
Bagi mempelbagaikan produk berasaskan madu lebah kelulut, dia turut menceburi bidang pembuatan coklat dan pelbagai produk kesihatan berasaskan madu, selain menjadi pembekal lebah kelulut kepada mereka yang berminat menceburi bidang berkenaan.
“Tidak banyak modal diperlukan bagi menternak kelulut, iaitu hanya kotak bagi menempatkan koloni kelulut itu dan ia mampu mendatangkan pendapatan lumayan kerana harga madu lebah kelulut boleh mencecah sehingga RM90 sekilogram,” katanya.
Menurut Razip lagi, dia mendapatkan koloni lebah kelulut dari kawasan kampung dan hutan di Kelantan dan menempatkan lebah-lebah itu dalam kotak di sekitar rumahnya.
Katanya, setiap koloni lebah kelulut mengenali kotak ‘tempat tinggal’ masing-masing dan secara berterusan akan menghasilkan madu kerana mempunyai hubungan yang rapat dengan ‘permaisuri’.
“Menguruskan ternakan kelulut ini tidak menyusahkan kerana koloni kelulut menghisap semua jenis madu bunga yang terdapat di kawasan sekitarnya. Kelulut yang saya ternak sekarang mengeluarkan madu berbau bunga durian kerana sekarang musim pokok durian berbunga,” kata Razip yang dibantu oleh isterinya, Rahimah Hamat, 53.

Artikel Penuh:© Utusan Melayu (M) Bhd

#  Utk org perempuan blh bertindak utk cuci rahim dan senang mengandung.

2 ulasan:

  1. Saya setuju. Madu kelulut memang popular buat masa ini. Walaupun begitu, madu timur tengah juga menjadi pilihan tetap masyarakat Malaysia kerana sumber makanan lebah adalah daripada makanan sunnah.

    BalasPadam